Thursday, August 4, 2011

Luahan hati dari seorang Rakyat Malaysia

Terima kasih kepada sahabat dari yang Facebook iaitu En. Jebat atas pandangan beliau terhadap sikap majoriti rakyat Malaysia. 

Saturday, June 25, 2011

Siapa sebenarnya Ambiga

RAKYAT Malaysia terutamanya orang Melayu diminta meneliti siapa sebenarnya Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum mengikut telunjuknya yang meminta rakyat supaya mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah tindak tanduk Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam terutamanya orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.

Justeru penganalisis politik berpendapat bahawa tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuai oleh Ambiga.

Penganalisis politik bebas dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datin Paduka Prof Dr Ramlah Adam berkata sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan perlembagaan negara.

"Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit daripada pihak polis maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak," katanya kepada Bernama.

Tegasnya keperluan untuk menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran yang betul seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik dan bukannya mengadakan demonstrasi haram.

Pemerhati politik dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Zainal Kling pula menyifatkan semua golongan yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram itu adalah tidak layak dan tidak patut menjadi pemimpin termasuk Ambiga.

Katanya, mereka terlampau mengikut parti politik tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing sedangkan mereka sendiri pun tidak 'bersih'.

"Mereka sebenarnya lebih baik melakukan tunjuk perasaan sebagai parti politik dan bukan sebagai NGO.

"Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik) terutama orang awam tentang kacau bilau dalam parti masing-masing seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau autokratik, dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada perjuangan asal mereka," katanya.

Zainal turut menyifatkan tujuan perhimpunan haram itu adalah semata-mata untuk melindungi 'kekotoran' yang sedang berlaku dalam parti pembangkang.

"Mereka sedang cuba melahirkan keadaan kacau bilau, huru hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan mereka meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara," katanya.

Rakyat patut mengambil iktibar dan memerhati perilaku serta taktik parti pembangkang yang menggunakan politik semata-mata untuk kepentingan kekuasaan mereka sendiri, katanya.


Read more: http://sa-melayu.blogspot.com/2011/06/orang-melayu-perlu-tahu-siapa.html#ixzz1QIp3dqex

Sunday, June 12, 2011

Apa yang naik lagi ni......


Dulu, masa cukai yang dikenakan hanya 5%, pihak telekomunikasi berbesar hati untuk menyerap kos tersebut untuk pelanggan bagi pengguna telefon prepaid. Tapi, sejak diumumkan bahawa cukai naik 15 kepada 6%, akhirnya pihak telekomunikasi dah tak boleh nak serap lagi.Cukai tersebut sekarang dibebankan pula kepada pengguna telefon prepaid bermula Julai ini.
Untuk pengguna telefon postpaid, memang cukai tersebut dah dikenakan.Dengan pengguna yang semakin bertambah dan juga persaingan yang kompetetif, penyerapan nilai cukai untuk pengguna prepaid telahpun menjadi satu beban yang besar bagikorporat telekomunikasi.
Kita tahu bahawa, terdapat 3 syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia iaitu Digi, Celcom dan juga Maxis.Jumlah pengguna talian prepaid adalah 43%, merangkumi ketiga-tiga syarikat telekomunikasi terbabit iaitu sebanyak 13.2 juta orang..Dengan Digi mewakili hampir 83% untuk pengguna prepaid, dan cuma 23% bagi Celcom (AXIATA) dan Maxis.
Sekiranya setiap pengguna prepaid mengisi purata RM 40 setiap bulan, jualan prepaid menjangkaui RM 6.3 bilion sebulan.Memang banyak!.Dan daripada jumlah besar tersebut, selama ini syarikat telekomunikasi mensubsidi hampir RM 378 juta sebulan hanya untuk menyerap kos cukai yang dikenakan kerajaan.
Oleh kerana jumlah yang tersangat besar itu,syarikat telekomunikasi gergasi yang ada, sudah tidak mampu lagi untuk menyerap cukai tersebut setelah dinaikkan lagi sebanyak 1% oleh kerajaan bermula 1 Januari 2011 lalu.Jadi, terpaksalah sekarang, pengguna telefon prepaid menyerap kos tersebut.
Bagi yang selama ini pakai talian postpaid, mungkin dah terbiasa dengan caj cukai ini, namun kalau yang selama ini menggunakan prepaid, mungkin akan ada terasa kesannya.Yelah, selepas ini, kalau beli topup RM 10, baki yang tinggal dah jadi RM 9.40.Nampak macam sikit, tapi kalau dah 13.2 juta orang, dah berapa banyak pula.
Apa lagi yang akan naik selepas ini?

Wednesday, May 18, 2011

Kasih seorang ibu


Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

Tuesday, May 17, 2011

Rosaklah bahasa MELAYU kita dek kerana orang MELAYU kita sendiri.

Rosaklah bahasa MELAYU kita dek kerana orang MELAYU kita sendiri.


Apalah teruk sangat bahasa dia gunakan ni? Dah macam mencarut pun ada aku tengok. Kalau nak ringkas pun biarlah betul. AKU jadi AQU. DIA jadi DY. 

Jahanamlah bangsa aku.