Friday, May 14, 2010

Broadband atau BEROKban

Di Malaysia sekarang, kesemua syarikat telekomunikasi berlumba-lumba untuk mempromosikan broadband mereka. Semua promosi nampak gah disamping penipuan yang berjaya diselitkan ketika promosi dijalankan bagi menipu pengguna.

Ye.....setakat ini aku antara yang telah ditipu dan tertipu oleh dua syarikat gergasi telekomunikasi di Malaysia iaitu Hijau dan Biru. Korang faham sendiri maksud hijau dan biru tu.

Kenapa aku cakap ditipu dan tertipu..... Pertama sekali masa promosi....kalau dengar apa yang diorg cakap serba serbi bagus. Katanya itulah broadband paling bagus di Malaysia sebab dapat coverage kat mana-mana ceruk dan Pakai dulu tak payah bayar selama 3 bulan. Itulah dia antara janji manis promoter untuk menipu pelanggan bagi membolehkan dia meraih komisyen disamping memberikan keuntungan besar kepada syrikat telekomunikasi.

Untuk yang biru....paling aku bengang bila ada internet, tapi lembab macam siput babi. Bila aku selidik, rupa-rupanya broadband biru ni lemah untuk bersaing nak dapatkan coverage. Jadi aku kena online bila pesaing-pesaing aku tidur maknanya pukul 1 pagi la.

Yang si hijau pulak.....ganjil sikit. Dapat connection tapi tak dapat internet. Wei.....giler babi la servis kau. Macam sial. Bila call cust service.....jawapan staff tersebut "saya tak pasti encik....tapi mungkin encik boleh cuba bawa keluar laptop encik cuba cari signal kat luar rumah." Yer....kau dgn pemilik Hijau sama je bodohnya. Aku beli broadband bukan nak guna kat depan laman rumah.

Tapi.....bila diperhatikan, baru aku tau macam mana CEO atau Owner syarikat telekomunikasi tu boleh jadi kaya. Senang je.....buat broadband tapi tak berfungsi. Pastu pelanggan yang teraniaya macam aku pergi bayar tiap-tiap bulan. Pada aku broadband tak layak di gelar broadband.....tetapi BEROKban