Tuesday, March 29, 2011

Pengangkutan awam?????? Apa lagi masalahnya

Minggu lepas, aku ada terdengar satu kenyataan dari berita kat TV yg mengatakan "sepatutnya rakyat yg berpendapatan RM2000 ke atas sahaja yg layak mempunyai sebuah kereta."Jadi aku mula berfikir, kalau pendapatan RM2000 baru layak beli kereta, macam mana dengan yg pendapatan bawah RM 1500? Kena naik pengangkutan awam la jawabnya.
Tapi ada pula masalah dengan sistem pengangkutan awam ni. Kita mempunyai sistem pengangkutan awam yang terlalu terhad. Dah la bas-bas yg beroperasi kat KL dgn Selangor ni kejap ada kejap takde. Nak naik teksi, mahal gila. Nak naik LRT? Hahahaha Ini yang paling kelakar. Dah la stesen pun sikit. Lepas tu nak kena tukar train lain pula kalau train tu tak pergi tempat yg kita nak pergi. KTM Komuter pula masih ditakuk lama. masih mengekalkan train yg paling perlahan pernah aku saksikan kat Malaysia. Populasi orang kat KL dgn Selangor ni KTM dah tak larat nak tampung. Sehingglah yg terkini kerajaan pusat sudah pun membuat pengumuman untuk membina satu lagi sistem pengangkutan yg dikenali MRT. Laluan MRT itu bermula dari Kajang sehingga ke Sg Buloh. Akhirnya.......setelah sekian lama. Daripada aku darjah 6 smpai dah bekerja baru ada penambahan dalam sektor pengangkutan awam.
Bila diimbas kembali, seingat aku......tahun 1998 Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya giat dibangunkan. Pada tahun itu menyaksikan pelbagai mercu tanda negara berdiri megah. Kompleks Sukan Bukit Jalil, Menara Berkembar, KLIA dan sebagainya. Pengangkutan awam hanya dinaik taraf utk tempoh setahun dua sahaja. Lepas tu...............kerajaan pejam mata. Buat-buat tak nampak. Tapi apa yang aku ingat, pada era 2000 kerajaan kita giat menaik taraf jalan raya, membina lbuhraya bertol dengan giatnya. Aku tak salahkan kerajaan kalau nak buat semua ni. Tapi taraf pengangkutan awam kita seolah-olah diabaikan.
Paling kelakar masa bekas PM yg ke 5, sedang membuat tinjauan di ibu kota. Beliau turut menggunakan LRT. Kemudian apabila wartawan mengajukan soalan, beliau menjawab seolah-olah beliau tidak tahu kewujudan LRT. "Saya dapati stesen yg disediakn utk LRT adalah terlalu sedikit. " Bayangkan antara jarak 1998 hingga 2004 baru beliau tahu mengenai stesen LRT kita yang terlalu sedikit.
Rakyat perlukan keselesaan. Mereka lebih rela menempuh kesesakan jalan raya daripada beratur dan berhimpit di dlm pengangkutan awam. Tolonglah kerajaan. Kurangkan la penambahan jalan raya, tingkatkanlah taraf pengangkutan awam kita. Demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat kita.