Friday, April 29, 2011
Tuesday, April 5, 2011
Kita undi.....apa yang kita dapat?

Bila pilihanraya menjelang, maka jentera parti-parti yang bertanding pun bertandanglah ke sesebuah tempat. Maka janji mula ditabur ibarat menabur benih padi ke sawah. Kami sebagai rakyat Malaysia mengundi bukan kerana janji yang diberikan tetapi kami melaksanakan tanggungjawab kami. Siapa yang menang atau kalah, perkara biasa. Yang paling penting apabila mereka berada di dalam persidangan dewan parlimen, mereka memperjuangkan nasib rakyat.
Tetapi sekarang ini, terlalu ramai wakil rakyat baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang tidak menjalankan tanggungjawab mereka. Mereka tidak memperjuangkan masalah rakyat seperti yang dijanjikan. Sebaliknya kini mereka terlalu sibuk memperjuangkan perkara-perkara remeh temeh. Kononnya itu adalah masalah besar kepada negara. Kalau mereka nak selesaikan masalah yang besar, apa kata mereka selesaikan masalah yang kononnya tidak berapa serius.
Cubalah jengah kawasan yang terlidung dari liputan media. Tengok apa yang patut dibuat. Masih ada setengah kawasan sistem jalanraya, perparitan, saluran air bersih boleh dikatakan sebagai gagal. Kalau di kawasan bandar pun ada saja masalah. Cukuplah dengan kegagalan sistem pengangkutan awam, itu pun masih tidak diselesaikan di sidang dewan rakyat. Jalan raya banyak berlubang, sindiket pngemis berleluasa, sampah sarap berTEMPIARAN. Semua itu dah cukup untuk wakil rakyat selesaikan. Bila dah selesai masalah rakyat, barulah rakyat tidak bising.
Sekarang ini perkara yang paling hangat diperkatakan isu Video Seks Anwar Ibrahim. Heeiiii aku peduli apa Anwar Ibrahim nak buat apa. Lantak dia la........ kes zina dia tu biar dia je yg jawab dengan Allah S.W.T kalau itu memang dia. Yang wakil2-wakil rakyat jadi bangang nak tengok video tu buat apa. Siap yang simpan dan sebarkan video tu dijulang sebagai wira negara. Kalau rakyat tengok video lucah, korg cakap otak tak matang, gila seks dan sebagainya. Lepas tu kata menonton dan memiliki video lucah adalah salah di sisi undang-undang. habis tu sekarang ni apa cerrr? Betullah kata orang, kalau kita ada kuasa dan harta, buat salah pun jadi betul. Taik pun boleh jadi coklat. Tak gitu ahli-ahli parlimen dan dun di seluruh Malaysia. terima kasih kerana berjaya meyakinkan kami sebagai rakyat bahawa pada pilihan raya akan datang, kami tidak akan mengundi anda lagi.
Monday, April 4, 2011
Lawak mahkamah
Antara soalan-soalan bodoh dari org bijak yang kononnya pandai bermain psikologi dan manipulasi dan jawapan daripada orang yang bijak menjawab soalan bodoh.
Situasi 1 #Sampel DNA
Peguam: Adakah kamu layak untuk memberikan sampel air kencing?
Saksi: Ya, sudah tentu. sejak dari kecil lagi saya sudah biasa buang air kecil....
Situasi 2# Lokasi
Peguam:Di mana lokasi kejadian kemalangan tersebut.
Saksi : Lebih kurang di tiang lampu 399
Peguam : Dan di mana letaknya tiang lampu 399
Saksi : BARANGKALI antara tiang lampu 398 dan 500
Situasi 3# Bukti
Peguam : Saya tunjukkan kepada kamu bukti ini. Kamu cam gambar ini?
Saksi : Ya, itu saya
Peguam : Semasa gambar kamu diambil, adakah kamu berada di situ?
Sunday, April 3, 2011
Cinta seorang Lelaki
Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.
Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.
Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.
Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!
Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!
Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..
Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI
http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/tanda-lelaki-sayang/#more-365
Subscribe to:
Comments (Atom)