Wednesday, May 18, 2011

Kasih seorang ibu


Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

Tuesday, May 17, 2011

Rosaklah bahasa MELAYU kita dek kerana orang MELAYU kita sendiri.

Rosaklah bahasa MELAYU kita dek kerana orang MELAYU kita sendiri.


Apalah teruk sangat bahasa dia gunakan ni? Dah macam mencarut pun ada aku tengok. Kalau nak ringkas pun biarlah betul. AKU jadi AQU. DIA jadi DY. 

Jahanamlah bangsa aku.

Monday, May 16, 2011

Selasih Ku Sayang


Lirik lagu lama ni betul2 syahdu berbanding lagu2 zaman sekarang lebih2 lagi lagu dari indon. Meraban tak tentu hala. Fesyen rambut macam kelkatu cacat. Pakaian dah macam memerang laut.

Kalau kome semua rajin, jengah la sama lagu-lagu klasik. Hayati setiap bait-bait lirik dia. Memang indah dan cukup bermakna. Contoh mcm lagu ni Selasih Ku Sayang nyanyian Ahmad Jais dgn Rafeah Buang.




  





Ku tanam selasih

Ku tanamkan
Di hujung halaman
Mengenangkan kasih, aduh sayang
Yang aku tinggalkan

Ku siram selasih
Ku siramkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih, aduh sayang
Lambang percintaan

#
Hai cendana dewi
Kasih yang kurindu
Ku kenang selalu

Sayang
Moga takkan layu
Cinta yang sejati kekal nan abadi

Hai cendana dewi
Kau tetap ku kenang
Janganlah kau bimbang

Sayang
Kau tetapkan pulang
Di sisi ku sayang
Membawa harapan

Ku siram selasih
Ku siramkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih
Aduh sayang
Lambang percintaan