Friday, May 14, 2010

Broadband atau BEROKban

Di Malaysia sekarang, kesemua syarikat telekomunikasi berlumba-lumba untuk mempromosikan broadband mereka. Semua promosi nampak gah disamping penipuan yang berjaya diselitkan ketika promosi dijalankan bagi menipu pengguna.

Ye.....setakat ini aku antara yang telah ditipu dan tertipu oleh dua syarikat gergasi telekomunikasi di Malaysia iaitu Hijau dan Biru. Korang faham sendiri maksud hijau dan biru tu.

Kenapa aku cakap ditipu dan tertipu..... Pertama sekali masa promosi....kalau dengar apa yang diorg cakap serba serbi bagus. Katanya itulah broadband paling bagus di Malaysia sebab dapat coverage kat mana-mana ceruk dan Pakai dulu tak payah bayar selama 3 bulan. Itulah dia antara janji manis promoter untuk menipu pelanggan bagi membolehkan dia meraih komisyen disamping memberikan keuntungan besar kepada syrikat telekomunikasi.

Untuk yang biru....paling aku bengang bila ada internet, tapi lembab macam siput babi. Bila aku selidik, rupa-rupanya broadband biru ni lemah untuk bersaing nak dapatkan coverage. Jadi aku kena online bila pesaing-pesaing aku tidur maknanya pukul 1 pagi la.

Yang si hijau pulak.....ganjil sikit. Dapat connection tapi tak dapat internet. Wei.....giler babi la servis kau. Macam sial. Bila call cust service.....jawapan staff tersebut "saya tak pasti encik....tapi mungkin encik boleh cuba bawa keluar laptop encik cuba cari signal kat luar rumah." Yer....kau dgn pemilik Hijau sama je bodohnya. Aku beli broadband bukan nak guna kat depan laman rumah.

Tapi.....bila diperhatikan, baru aku tau macam mana CEO atau Owner syarikat telekomunikasi tu boleh jadi kaya. Senang je.....buat broadband tapi tak berfungsi. Pastu pelanggan yang teraniaya macam aku pergi bayar tiap-tiap bulan. Pada aku broadband tak layak di gelar broadband.....tetapi BEROKban

Thursday, April 29, 2010

Astro atau ASStroK

Aku lepak kedai mamak dengan kawan-kawan aku yang lain Dah la tv kat mamak tu macam shhhiiial. Tapi ASTRO kat kedai mamak tu ok. Jadi, aku pun berangkat la dari situ sebelum aku menghamburkan kata-kata kesat kat mamak tu.
Bila aku balik jer dengan harapan boleh la tgk bola.........aku perasan cuaca kat luar malam tu tak berapa menarik. Jadi aku berharap agar ASTRO ni bersiaran seperti biasa. Seperti yang kita sedia maklum...........ASTRO ni alergi dengan dua perkara iaitu hujan dan juga angin.
Aku on je tv kat rumah aku............"Service Currently Not Available". Aku biarkan je la. Nak buat mcm mana lagi. Esoknya, aku on lagi tv "Service Currently Not Available" ni juga la keluar. Aku hairan. Cuaca memang cerah. Bila aku pergi kerja, kawan-kawan aku sibuk bincang pasal result bola. Aku cakap mana boleh tengok........kan hujan. ASTRO kan tak boleh on waktu hujan. Semua kawan-kawan aku cakap boleh je tengok. Aku rasa hairan.
Bila aku balik dari kerja jer..............aku cuba on sekali lagi. Perrrghhh......nasib baik boleh tengok. "Kau memang best la ASTRO" hati kecil ku berkata. Tapi....ianya hanyalah sekadar harapan palsu. Tak lama kemudian, keluar la balik ayat FAVERET ASTRO tu dengan memaparkan skrin gelap. Aku mula nak maki jer......tiba-tiba dah ok. Begitulah berikutnya sehinggalah ke hari ini.
Aku rasa tak puas hati. Aku pun call CUST SERVASTRO. Dia suruh aku jadi technician diorang kejap. Agak biadab la pada aku. Boleh kau suruh pelanggan kau buat macam-macam. Tapi tetap tak boleh juga nak on ASTRO. Jawapan dia mungkin satelit signal kat rumah aku dah tak cukup kuat. Aku tanya dia, ada cara lain nak selesaikan? Jawapan yang biasa aku dengar dan menyakitkan hati dia bagi............."Pihak kami akan menghantar technician ke rumah encik dalam tempoh 48 jam tapi encik kena bayar service charge sebanyak RM 50." Aku cakap tak apa lah. Saya tunggu keajaiban berlaku kat decoder saya.

Macam celaka kan ASTRO punya servis. Mentang-mentanglah dia aje yang buat siaran tv berbayar.........dia bertindak macam diktator. Aku akui, kes-kes mengenai penganiayaan ASTRO dah banyak kali keluar dalam surat khabar. Tapi macam biasa la.......... tak akan ada tindakan dari pihak berwajib. Biasalah.......politik punya kerja je ni.

Hait yahhh

Ini kali pertama saya membuat blog. Selama ini saya menganggap blog ini sesuatu yang agak remeh. Namun setelah saya sedari, blog adalah satu cara untuk saya meluahkan apa yang saya telah lihat dan merasai sesuatu pengalaman.
Jadi, di dalam blog ini.....saya akan bercerita dan berkongsi tentang segala-galanya bermula dari isu remeh, peribadi, artis, politik, berita antarabangsa dan yang paling menarik sekali semestinya sukan.
Jika di dalam blog saya ini kurang menarik, anda dipersilakan untuk memberi teguran agar saya dapat memperbaiki supaya blog saya akan menjadi lebih mengancam.