Tuesday, June 22, 2010

Kaunter Express. Express la sangat.........

Sebuah pasaraya besar dlm shopping mall PUTRAJAYA, dgn jayanya telah membuka 2 Kaunter Express. Dekat situ pihak pasaraya dah tetapkan Kaunter Express tu hanya untuk pembelian tidak lebih dari 10 UNIT sahaja.
Nak jadi cerita, aku beratur la nak bayar kat kaunter express tu. Sudahlah beratur panjang, ramai pulak orang mencelah nak lalu-lalang depan aku. PAdahal orang belakang tak pula kena macam aku. Jarak aku dengan orang depan takde la jauh sangat. Orang belakang aku punya jarak tu ada la dalam 1 ke 2 depa.
Dalam tengah dok tension beratur tu.....aku terpandang seorang mamat KAKITANGAN KERAJAAN yang turut sama beratur sebaris dengan aku. Pada aku, orang yang kerja dalam sektor kerajaan ni boleh dikategorikan sebagai pandai. Bukan senang nak masuk keje kerajaan sebenarnya. Banyak proses nak kena tempuh kalau nak keje Kerajaan.
Tapi mamat ni telah membuktikan yang dia antara homo sapiens paling bodoh dalam dunia. Sebabnya......dia suka2 hati je nak bayar kat situ padahal dia beli barang2 satu troli penuh. Kalau satu barang kuantiti byk takpe la juga. Ini dengan sayur....ikan.....pencuci lantai.....beras.....sabun.....macam lagi la. Dah la cashier tu keje lambat.
Lagi best plak......bila sampai turn mamat ni bayar, dia boleh bersembang dgn cashier tu. Dari apa yang aku dengar perbualan diorg tu......aku mengerti bahawa mereka datang dari negeri yang sama. Jadi mereka sempat berbual bertanya khabar dalam proses membayar barang2 yg dia beli sambil kedua-dua mereka diberikan CACI MAKIAN daripada orang ramai yang turut beratur. Semangat kenegerian diorg memang tinggi. Mamat tu boleh buat muka selamba plak tu sebagai tanda tak bersalah.
CILABAT DIA LA

No comments:

Post a Comment