Di tempat kerja aku, kalau ada degree nak naik pangkat cukup senang. Berbanding dengan sesiapa yang bermula dengan SPM, kalau nak naik pangkat kena tunjukkan prestasi baik dan akan dipantau oleh bos untuk tempoh yang cukup lama.
Kisah yang ingin aku sampaikan di sini bukan mengenai cara nak naik pangkat, tetapi mengenai kelakuan seorang staf di tempat kerja aku yang mempunyai degree yang telah membuat aku rasa terhina. Di tempat kerja, aku tidaklah berpangkat tinggi. Aku hanyalah seorang Assistant Supervisor yang hanya mempunyai tahap pendidikan hanya setakat SPM. Walaupun aku ini hanyalah sebagai Assistant Supervisor, tetapi aku cukup berbangga kerana aku telah diberi tanggungjawab yang cukup berat iaitu hampir sama taraf dengan level Executive.
Kejadian ini berlaku dalam hujung bulan 5. Bila di tempat kerja, sekiranya tiada Executive, bermakna aku adalah Person In charge. Aku bertanggungjawab untuk memantau segala gerak-geri staf-staf yang lain dan memastikan semua kerja berjalan dengan betul. Apa yang aku dapati, kebanyakan staf tidak melaksanakan tugas mereka dengan baik. Kebanyakan mereka masih lagi mengamalkan cara kerja MELAYU LAMA. Maksud MELAYU LAMA yang aku sebutkan adalah bersembang lebih banyak dari membuat kerja, suka buat kerja yang senang.
Jadi bila aku dapati kebanyakan mereka bekerja cara MELAYU LAMA, aku terpaksalah bertindak bagi menjaga imej syarikat. Aku menegur semua staf yang ada untuk memastikan mereka membuat kerja. Walaupun aku tidak suka, tapi aku terpaksa meninggikan suara jika mereka masih tidak membuat kerja dengan betul. Cukup menarik sekali apabila di kaunter pertanyaan boleh ada lebih daripada 4 orang staf sedangkan tiada seorang pun pelanggan berada di situ dan juga ada seorang cashier di kaunter pertanyaan sedangkan cashier sepatutnya berada di kaunter cashier.
Bila ditanya maka cashier ini memberikan alasan "Orang cashier petang. Cashier pagi dah balik rehat so orang dok la kat kaunter ni nak cover staf pagi keluar rehat tadi" Aku tanya balik "sekarang ni dah ada lebih dari 4 orang, kenapa tak keluar terus dari kaunter tu buat kerja lain?" Dia jawab "Orang ada customer tadi nak kena follow up." Itulah jawapan biasa yang aku dengar dari staf-staf yang lain. Aku faham, tak semua orang suka duduk terperap dalam kaunter cashier selama beberapa jam. Tapi sebagai cashier, dia sepatutnya serahkan tugas Follow up pertanyaan pelanggan kepada staf yang lainn. Jadi, aku tidak boleh terima alasan dia dan aku segera mengarahkan dia keluar dari kaunter pertanyaan dengan segera dan dia enggan keluar. Aku mendesak dia berulang kali sehinggalah dia meninggikan suaranya yang boleh didengari oleh hampir semua pelanggan yang ada di dalam kedai. Semua mata tertumpu ke arah aku. Seolah-olah aku telah dimarahi bos. Kejadian tersebut betul-betul telah menjatuhkan maruah aku sebagai seorang Assistant Supervisor.
Dengan kadar segera aku mengarahkan dia untuk masuk ke pejabat. Aku menunggu hampir 10 minit tetapi dia masih lagi enggan masuk untuk berjumpa dengan aku. Aku telah mengarahkan dua orang staf untuk memanggil dia masuk, tetapi apa yang aku dpaat lihat melalui CCTV, dia hanya menggelengkan kepala. Cukup biadab. Akhirnya setelah hampir setengah jam, dia masuk ke pejabat. Dengan tanpa rasa bersalah dia boleh bertanya kenapa panggil dia. AAArrrrgghhh Bodohnya kau. Memang aku sakit hati pada waktu tersebut. Sudahlah dimalukan depan pelanggan ditambah pula dengan soalan cepu emas yang bangang. Aku tanya dia sedar tak yang dia dah malukan aku. Dengan selamba dia menjawab "I'm sorry ok. Orang tak sengaja. Tak kan hang tak kenal orang macam mana?" Memang aku dengan dia berkawan sebelum ini tetapi di dalam tempat kerja aku akan mengasingkan istilah kawan dengan kerja. Aku jawab balik, cara dia tadi memang cukup kurang ajar. Kenapa tak boleh terima teguran aku? Sedangkan kalau Executive tegur dia boleh terima.
Adakah ianya disebabkan aku bertaraf SPM dan dia degree? Maka aku tidak layak untuk menegur orang pandai daripada aku. Adakah begitu? Perlukah macam tu? Aku minta maaf kepada kawan-kawan aku yang lain yang mempunyai degree. Aku tidak berniat untuk menyinggung tahap pendidikan yang korang semua berhak perolehi. Tetapi inilah antara masalah yang sering berlaku sekarang di kalangan orang yang berpendidikan tinggi. Sukar untuk menerima teguran dari orang macam aku.
Dan kini, staf tersebut telah dinaikkan pangkat dari Customer Service Assistant kepada Retail Executive tanpa perlu pengalaman kerja dan hanya berbekalkan segulung ijazah. Sehingga kini, dia tidak pernah merujuk kepada aku sekiranya ada sebarang masalah. Mungkin jatuh maruah dia kalau tanya orang SPM macam aku.
Ak rase aku tau sape...ni msti budak UTM tu kan..ak teka je la..
ReplyDeletepandai din teka......
ReplyDeleteaku da agak da...
ReplyDeletekalo aku,aku pukul jew dak mcm 2....
ReplyDelete