Thursday, August 4, 2011

Luahan hati dari seorang Rakyat Malaysia

Terima kasih kepada sahabat dari yang Facebook iaitu En. Jebat atas pandangan beliau terhadap sikap majoriti rakyat Malaysia. 

Saturday, June 25, 2011

Siapa sebenarnya Ambiga

RAKYAT Malaysia terutamanya orang Melayu diminta meneliti siapa sebenarnya Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum mengikut telunjuknya yang meminta rakyat supaya mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah tindak tanduk Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam terutamanya orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.

Justeru penganalisis politik berpendapat bahawa tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuai oleh Ambiga.

Penganalisis politik bebas dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datin Paduka Prof Dr Ramlah Adam berkata sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan perlembagaan negara.

"Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit daripada pihak polis maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak," katanya kepada Bernama.

Tegasnya keperluan untuk menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran yang betul seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik dan bukannya mengadakan demonstrasi haram.

Pemerhati politik dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Zainal Kling pula menyifatkan semua golongan yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram itu adalah tidak layak dan tidak patut menjadi pemimpin termasuk Ambiga.

Katanya, mereka terlampau mengikut parti politik tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing sedangkan mereka sendiri pun tidak 'bersih'.

"Mereka sebenarnya lebih baik melakukan tunjuk perasaan sebagai parti politik dan bukan sebagai NGO.

"Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik) terutama orang awam tentang kacau bilau dalam parti masing-masing seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau autokratik, dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada perjuangan asal mereka," katanya.

Zainal turut menyifatkan tujuan perhimpunan haram itu adalah semata-mata untuk melindungi 'kekotoran' yang sedang berlaku dalam parti pembangkang.

"Mereka sedang cuba melahirkan keadaan kacau bilau, huru hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan mereka meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara," katanya.

Rakyat patut mengambil iktibar dan memerhati perilaku serta taktik parti pembangkang yang menggunakan politik semata-mata untuk kepentingan kekuasaan mereka sendiri, katanya.


Read more: http://sa-melayu.blogspot.com/2011/06/orang-melayu-perlu-tahu-siapa.html#ixzz1QIp3dqex

Sunday, June 12, 2011

Apa yang naik lagi ni......


Dulu, masa cukai yang dikenakan hanya 5%, pihak telekomunikasi berbesar hati untuk menyerap kos tersebut untuk pelanggan bagi pengguna telefon prepaid. Tapi, sejak diumumkan bahawa cukai naik 15 kepada 6%, akhirnya pihak telekomunikasi dah tak boleh nak serap lagi.Cukai tersebut sekarang dibebankan pula kepada pengguna telefon prepaid bermula Julai ini.
Untuk pengguna telefon postpaid, memang cukai tersebut dah dikenakan.Dengan pengguna yang semakin bertambah dan juga persaingan yang kompetetif, penyerapan nilai cukai untuk pengguna prepaid telahpun menjadi satu beban yang besar bagikorporat telekomunikasi.
Kita tahu bahawa, terdapat 3 syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia iaitu Digi, Celcom dan juga Maxis.Jumlah pengguna talian prepaid adalah 43%, merangkumi ketiga-tiga syarikat telekomunikasi terbabit iaitu sebanyak 13.2 juta orang..Dengan Digi mewakili hampir 83% untuk pengguna prepaid, dan cuma 23% bagi Celcom (AXIATA) dan Maxis.
Sekiranya setiap pengguna prepaid mengisi purata RM 40 setiap bulan, jualan prepaid menjangkaui RM 6.3 bilion sebulan.Memang banyak!.Dan daripada jumlah besar tersebut, selama ini syarikat telekomunikasi mensubsidi hampir RM 378 juta sebulan hanya untuk menyerap kos cukai yang dikenakan kerajaan.
Oleh kerana jumlah yang tersangat besar itu,syarikat telekomunikasi gergasi yang ada, sudah tidak mampu lagi untuk menyerap cukai tersebut setelah dinaikkan lagi sebanyak 1% oleh kerajaan bermula 1 Januari 2011 lalu.Jadi, terpaksalah sekarang, pengguna telefon prepaid menyerap kos tersebut.
Bagi yang selama ini pakai talian postpaid, mungkin dah terbiasa dengan caj cukai ini, namun kalau yang selama ini menggunakan prepaid, mungkin akan ada terasa kesannya.Yelah, selepas ini, kalau beli topup RM 10, baki yang tinggal dah jadi RM 9.40.Nampak macam sikit, tapi kalau dah 13.2 juta orang, dah berapa banyak pula.
Apa lagi yang akan naik selepas ini?

Wednesday, May 18, 2011

Kasih seorang ibu


Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

Tuesday, May 17, 2011

Rosaklah bahasa MELAYU kita dek kerana orang MELAYU kita sendiri.

Rosaklah bahasa MELAYU kita dek kerana orang MELAYU kita sendiri.


Apalah teruk sangat bahasa dia gunakan ni? Dah macam mencarut pun ada aku tengok. Kalau nak ringkas pun biarlah betul. AKU jadi AQU. DIA jadi DY. 

Jahanamlah bangsa aku.

Monday, May 16, 2011

Selasih Ku Sayang


Lirik lagu lama ni betul2 syahdu berbanding lagu2 zaman sekarang lebih2 lagi lagu dari indon. Meraban tak tentu hala. Fesyen rambut macam kelkatu cacat. Pakaian dah macam memerang laut.

Kalau kome semua rajin, jengah la sama lagu-lagu klasik. Hayati setiap bait-bait lirik dia. Memang indah dan cukup bermakna. Contoh mcm lagu ni Selasih Ku Sayang nyanyian Ahmad Jais dgn Rafeah Buang.




  





Ku tanam selasih

Ku tanamkan
Di hujung halaman
Mengenangkan kasih, aduh sayang
Yang aku tinggalkan

Ku siram selasih
Ku siramkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih, aduh sayang
Lambang percintaan

#
Hai cendana dewi
Kasih yang kurindu
Ku kenang selalu

Sayang
Moga takkan layu
Cinta yang sejati kekal nan abadi

Hai cendana dewi
Kau tetap ku kenang
Janganlah kau bimbang

Sayang
Kau tetapkan pulang
Di sisi ku sayang
Membawa harapan

Ku siram selasih
Ku siramkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih
Aduh sayang
Lambang percintaan

Friday, April 29, 2011

Jahanamlah sukan BADMINTON negara

"Tak ada Misbun pun tak apa" Begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Belia dan Sukan.
Hello Pak Cik Ahmad Shahbery, tak ada kau dlm kabinet pun tak apa la. Kau bercakap macam kau tahu je 100% pasal badminton. Setakat jadi menteri pakai kot duduk kerusi empuk budak darjah 6 pun boleh buat.......Cakap tu cuba fikir betul2. Besar lagi jasa Datuk Misbun Sidek dari jasa kau kepada negara....

Tuesday, April 5, 2011

Kita undi.....apa yang kita dapat?


Bila pilihanraya menjelang, maka jentera parti-parti yang bertanding pun bertandanglah ke sesebuah tempat. Maka janji mula ditabur ibarat menabur benih padi ke sawah. Kami sebagai rakyat Malaysia mengundi bukan kerana janji yang diberikan tetapi kami melaksanakan tanggungjawab kami. Siapa yang menang atau kalah, perkara biasa. Yang paling penting apabila mereka berada di dalam persidangan dewan parlimen, mereka memperjuangkan nasib rakyat.

Tetapi sekarang ini, terlalu ramai wakil rakyat baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang tidak menjalankan tanggungjawab mereka. Mereka tidak memperjuangkan masalah rakyat seperti yang dijanjikan. Sebaliknya kini mereka terlalu sibuk memperjuangkan perkara-perkara remeh temeh. Kononnya itu adalah masalah besar kepada negara. Kalau mereka nak selesaikan masalah yang besar, apa kata mereka selesaikan masalah yang kononnya tidak berapa serius.

Cubalah jengah kawasan yang terlidung dari liputan media. Tengok apa yang patut dibuat. Masih ada setengah kawasan sistem jalanraya, perparitan, saluran air bersih boleh dikatakan sebagai gagal. Kalau di kawasan bandar pun ada saja masalah. Cukuplah dengan kegagalan sistem pengangkutan awam, itu pun masih tidak diselesaikan di sidang dewan rakyat. Jalan raya banyak berlubang, sindiket pngemis berleluasa, sampah sarap berTEMPIARAN. Semua itu dah cukup untuk wakil rakyat selesaikan. Bila dah selesai masalah rakyat, barulah rakyat tidak bising.

Sekarang ini perkara yang paling hangat diperkatakan isu Video Seks Anwar Ibrahim. Heeiiii aku peduli apa Anwar Ibrahim nak buat apa. Lantak dia la........ kes zina dia tu biar dia je yg jawab dengan Allah S.W.T kalau itu memang dia. Yang wakil2-wakil rakyat jadi bangang nak tengok video tu buat apa. Siap yang simpan dan sebarkan video tu dijulang sebagai wira negara. Kalau rakyat tengok video lucah, korg cakap otak tak matang, gila seks dan sebagainya. Lepas tu kata menonton dan memiliki video lucah adalah salah di sisi undang-undang. habis tu sekarang ni apa cerrr? Betullah kata orang, kalau kita ada kuasa dan harta, buat salah pun jadi betul. Taik pun boleh jadi coklat. Tak gitu ahli-ahli parlimen dan dun di seluruh Malaysia. terima kasih kerana berjaya meyakinkan kami sebagai rakyat bahawa pada pilihan raya akan datang, kami tidak akan mengundi anda lagi.

Monday, April 4, 2011

Lawak mahkamah

Antara soalan-soalan bodoh dari org bijak yang kononnya pandai bermain psikologi dan manipulasi dan jawapan daripada orang yang bijak menjawab soalan bodoh.

Situasi 1 #Sampel DNA
Peguam: Adakah kamu layak untuk memberikan sampel air kencing?
Saksi: Ya, sudah tentu. sejak dari kecil lagi saya sudah biasa buang air kecil....


Situasi 2# Lokasi
Peguam:Di mana lokasi kejadian kemalangan tersebut.
Saksi : Lebih kurang di tiang lampu 399
Peguam : Dan di mana letaknya tiang lampu 399
Saksi : BARANGKALI antara tiang lampu 398 dan 500


Situasi 3# Bukti
Peguam : Saya tunjukkan kepada kamu bukti ini. Kamu cam gambar ini?
Saksi : Ya, itu saya
Peguam : Semasa gambar kamu diambil, adakah kamu berada di situ?

Sunday, April 3, 2011

Cinta seorang Lelaki

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI

http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/tanda-lelaki-sayang/#more-365

Tuesday, March 29, 2011

Pengangkutan awam?????? Apa lagi masalahnya

Minggu lepas, aku ada terdengar satu kenyataan dari berita kat TV yg mengatakan "sepatutnya rakyat yg berpendapatan RM2000 ke atas sahaja yg layak mempunyai sebuah kereta."Jadi aku mula berfikir, kalau pendapatan RM2000 baru layak beli kereta, macam mana dengan yg pendapatan bawah RM 1500? Kena naik pengangkutan awam la jawabnya.
Tapi ada pula masalah dengan sistem pengangkutan awam ni. Kita mempunyai sistem pengangkutan awam yang terlalu terhad. Dah la bas-bas yg beroperasi kat KL dgn Selangor ni kejap ada kejap takde. Nak naik teksi, mahal gila. Nak naik LRT? Hahahaha Ini yang paling kelakar. Dah la stesen pun sikit. Lepas tu nak kena tukar train lain pula kalau train tu tak pergi tempat yg kita nak pergi. KTM Komuter pula masih ditakuk lama. masih mengekalkan train yg paling perlahan pernah aku saksikan kat Malaysia. Populasi orang kat KL dgn Selangor ni KTM dah tak larat nak tampung. Sehingglah yg terkini kerajaan pusat sudah pun membuat pengumuman untuk membina satu lagi sistem pengangkutan yg dikenali MRT. Laluan MRT itu bermula dari Kajang sehingga ke Sg Buloh. Akhirnya.......setelah sekian lama. Daripada aku darjah 6 smpai dah bekerja baru ada penambahan dalam sektor pengangkutan awam.
Bila diimbas kembali, seingat aku......tahun 1998 Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya giat dibangunkan. Pada tahun itu menyaksikan pelbagai mercu tanda negara berdiri megah. Kompleks Sukan Bukit Jalil, Menara Berkembar, KLIA dan sebagainya. Pengangkutan awam hanya dinaik taraf utk tempoh setahun dua sahaja. Lepas tu...............kerajaan pejam mata. Buat-buat tak nampak. Tapi apa yang aku ingat, pada era 2000 kerajaan kita giat menaik taraf jalan raya, membina lbuhraya bertol dengan giatnya. Aku tak salahkan kerajaan kalau nak buat semua ni. Tapi taraf pengangkutan awam kita seolah-olah diabaikan.
Paling kelakar masa bekas PM yg ke 5, sedang membuat tinjauan di ibu kota. Beliau turut menggunakan LRT. Kemudian apabila wartawan mengajukan soalan, beliau menjawab seolah-olah beliau tidak tahu kewujudan LRT. "Saya dapati stesen yg disediakn utk LRT adalah terlalu sedikit. " Bayangkan antara jarak 1998 hingga 2004 baru beliau tahu mengenai stesen LRT kita yang terlalu sedikit.
Rakyat perlukan keselesaan. Mereka lebih rela menempuh kesesakan jalan raya daripada beratur dan berhimpit di dlm pengangkutan awam. Tolonglah kerajaan. Kurangkan la penambahan jalan raya, tingkatkanlah taraf pengangkutan awam kita. Demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat kita.

Monday, August 23, 2010

Indon......oh Indon

Salah satu sebab kenapa aku x nak dengar lagu-lagu indonesia walaupun lagunya sedap di dengar, sebab rakyat indonesia yang BIADAP. Bukan lagu-lagu sahaja, malahan drama dan filem dari indonesia aku boikot. Senang cerita, apa-apa sahaja berkaitan dengan Indonesia, aku benci.....termasuklah rakyat Indonesia walaupun kita dari rumpun yang sama. Lupakan perkataan rumpun.
Memang aku benci INDONESIA.

Kenapa aku benci INDONESIA.

Tengok sajalah berita-berita yang sedia ada. Betapa kurang ajarnya sikap rakyat Indonesia. Jalur Gemilang kita bukan sahaja dipijak, malahan dilumur dengan tahi. Tak cukup dengan itu, mereka menggugut kerajaan kita untuk membebaskan rakyat mereka yg telah ditahan oleh pihak berkuasa kita. Jika tidak, mereka akan mengusir semua rakyat Malaysia yang berada di sana.

Sejarah perhubungan Malaysia dengan Indonesia bukanlah baik sangat pun. Kalau sesiapa tahu berkenaan konfrantasi Indonesia terhadap penubuhan negara Malaysia. Mereka menghantar askar untuk memusnahkan Malaysia.

Tetapi, masyarakat kita masih lagi suka pada Indon. Lagu dan drama diminati. Artis2 seberang dipuja tanpa henti, ini termasuklah sokongan dari media hiburan Malaysia sendiri. Bilakah agaknya Malaysia nak sedar pasal sikap jahanam Indonesia ni?

BENCI INDONesia
JAHANAM INDONesia
Katakan TAK NAK pada INDONesia.

Thursday, August 12, 2010

Fried atau Freid



Bukan satu perkataan je tetapi dua perkataan salah. Tapi tang ejaan negeri Kelantan tak salah la pulak.
KELANTAN FREID CHICKLEN. Hahahahaha

Thursday, July 29, 2010

Alasan? Saya ambil anak. ~ saya minta maaf. Sy tak tahu yg awak seorang je yg ambil anak.


Kat Malaysia ni.....dia sorg je ada anak.

Thursday, July 22, 2010

Bulan Puasa punya cerita

Asal bulan Ramadhan je........dalam pemikiran orang islam terutama sekali melayu mesti terfikirkan perkara-perkara :-

1. Meniaga kat bazar ramadhan. Buat duit utk menjana ekonomi diri sendiri dan negara. Dalam masa sama cekik darah punya harga. Chilabat punya perangai.
2. Beli macam-macam jenis barang untuk persiapan raya. Dalam sedar tak sedar ada yang beli sekadar menunjuk-nunjuk dan lebih terarah kepada pembaziran.
3. Tiba-tiba je masjid penuh dengan para jemaah. Tapi tu untuk waktu malam je la. Siang kosong. Aik? Owh.....kalau terawih je banyak fadhilat. Waktu wajib solat tak banyak fadhilat ke?
4. Kadar peningkatan penyakit gastrik naik secara mendadak di kalangan kaum lelaki dalam lingkungan 20-40 tahun.
5. Bila masuk kerja awal pagi.......tiba-tiba semua boleh datang awal. Sebabnya boleh tidur masa kerja......pastu jam baru pukul 3.30......semua pakat hilang dari pejabat.

Sunday, June 27, 2010

Perihal Sampah

1. Sampah ialah bahan-bahan yang sudah diguna pakai dan menjadi terbuang tetapi jangan menganggap taik itu sampah kerana ia tidak boleh dibuang merata-rata.

2. Manusia yang menghisap dadah digelar SAMPAH MASYARAKAT tetapi manusia yang makan rasuah tidak pula digelar sampah walaupun mereka menjahanamkan bangsa, agama dan negara sendiri. Kenapa yeeee?

3. Pekerja mengangkut sampah tidak pernah sekalipun memakan sampah tetapi sebaliknya segelintir budak-budak punk yang suka makan sampah. Entahleeee

Tuesday, June 22, 2010

Kaunter Express. Express la sangat.........

Sebuah pasaraya besar dlm shopping mall PUTRAJAYA, dgn jayanya telah membuka 2 Kaunter Express. Dekat situ pihak pasaraya dah tetapkan Kaunter Express tu hanya untuk pembelian tidak lebih dari 10 UNIT sahaja.
Nak jadi cerita, aku beratur la nak bayar kat kaunter express tu. Sudahlah beratur panjang, ramai pulak orang mencelah nak lalu-lalang depan aku. PAdahal orang belakang tak pula kena macam aku. Jarak aku dengan orang depan takde la jauh sangat. Orang belakang aku punya jarak tu ada la dalam 1 ke 2 depa.
Dalam tengah dok tension beratur tu.....aku terpandang seorang mamat KAKITANGAN KERAJAAN yang turut sama beratur sebaris dengan aku. Pada aku, orang yang kerja dalam sektor kerajaan ni boleh dikategorikan sebagai pandai. Bukan senang nak masuk keje kerajaan sebenarnya. Banyak proses nak kena tempuh kalau nak keje Kerajaan.
Tapi mamat ni telah membuktikan yang dia antara homo sapiens paling bodoh dalam dunia. Sebabnya......dia suka2 hati je nak bayar kat situ padahal dia beli barang2 satu troli penuh. Kalau satu barang kuantiti byk takpe la juga. Ini dengan sayur....ikan.....pencuci lantai.....beras.....sabun.....macam lagi la. Dah la cashier tu keje lambat.
Lagi best plak......bila sampai turn mamat ni bayar, dia boleh bersembang dgn cashier tu. Dari apa yang aku dengar perbualan diorg tu......aku mengerti bahawa mereka datang dari negeri yang sama. Jadi mereka sempat berbual bertanya khabar dalam proses membayar barang2 yg dia beli sambil kedua-dua mereka diberikan CACI MAKIAN daripada orang ramai yang turut beratur. Semangat kenegerian diorg memang tinggi. Mamat tu boleh buat muka selamba plak tu sebagai tanda tak bersalah.
CILABAT DIA LA

Sunday, June 20, 2010

Tandas kotor. Siapa yg patut dipersalahkan?

Situasi 1
Anak tengah buang air sambil diperhatikan si bapa.....
Anak : Abah,tisu ni nak buang kat mana?
Abah : Campak je kat lantai tu...

Situasi 2
Anak tengah buang air dengan selambanya kat lantai tandas...padahal mangkuk jamban ada.
Maka cleaner dtg menegur
Cleaner : Abang, kasi suruh anak buang dekat dalam mangkuk juga...
Abah : Ehhh...kau ni. Suka hati la nak kencing berak kat mana pun. Ni kan tandas.
Cleaner : Abang punya anak berak sini kasi susah sama orang. Saya pun susah mau
kasi cuci ini.
Abah : Kau buat je la kerja kau.....tak payah sibuk-sibuk nak mengajar aku. Aku
tau la nak ajar anak aku macam mana. Tak sedar diri punya bangla.


Macam mana la tandas awam kat Malaysia tak kotor. Ini semua sebab ada mak ayah yang mempunyai tahap pemikiran yang jahanam. Sampai anak-anak pun diajar buat kotor dalam tandas.

Friday, June 11, 2010

Layakkah aku menegur????

Di tempat kerja aku, kalau ada degree nak naik pangkat cukup senang. Berbanding dengan sesiapa yang bermula dengan SPM, kalau nak naik pangkat kena tunjukkan prestasi baik dan akan dipantau oleh bos untuk tempoh yang cukup lama.
Kisah yang ingin aku sampaikan di sini bukan mengenai cara nak naik pangkat, tetapi mengenai kelakuan seorang staf di tempat kerja aku yang mempunyai degree yang telah membuat aku rasa terhina. Di tempat kerja, aku tidaklah berpangkat tinggi. Aku hanyalah seorang Assistant Supervisor yang hanya mempunyai tahap pendidikan hanya setakat SPM. Walaupun aku ini hanyalah sebagai Assistant Supervisor, tetapi aku cukup berbangga kerana aku telah diberi tanggungjawab yang cukup berat iaitu hampir sama taraf dengan level Executive.
Kejadian ini berlaku dalam hujung bulan 5. Bila di tempat kerja, sekiranya tiada Executive, bermakna aku adalah Person In charge. Aku bertanggungjawab untuk memantau segala gerak-geri staf-staf yang lain dan memastikan semua kerja berjalan dengan betul. Apa yang aku dapati, kebanyakan staf tidak melaksanakan tugas mereka dengan baik. Kebanyakan mereka masih lagi mengamalkan cara kerja MELAYU LAMA. Maksud MELAYU LAMA yang aku sebutkan adalah bersembang lebih banyak dari membuat kerja, suka buat kerja yang senang.
Jadi bila aku dapati kebanyakan mereka bekerja cara MELAYU LAMA, aku terpaksalah bertindak bagi menjaga imej syarikat. Aku menegur semua staf yang ada untuk memastikan mereka membuat kerja. Walaupun aku tidak suka, tapi aku terpaksa meninggikan suara jika mereka masih tidak membuat kerja dengan betul. Cukup menarik sekali apabila di kaunter pertanyaan boleh ada lebih daripada 4 orang staf sedangkan tiada seorang pun pelanggan berada di situ dan juga ada seorang cashier di kaunter pertanyaan sedangkan cashier sepatutnya berada di kaunter cashier.
Bila ditanya maka cashier ini memberikan alasan "Orang cashier petang. Cashier pagi dah balik rehat so orang dok la kat kaunter ni nak cover staf pagi keluar rehat tadi" Aku tanya balik "sekarang ni dah ada lebih dari 4 orang, kenapa tak keluar terus dari kaunter tu buat kerja lain?" Dia jawab "Orang ada customer tadi nak kena follow up." Itulah jawapan biasa yang aku dengar dari staf-staf yang lain. Aku faham, tak semua orang suka duduk terperap dalam kaunter cashier selama beberapa jam. Tapi sebagai cashier, dia sepatutnya serahkan tugas Follow up pertanyaan pelanggan kepada staf yang lainn. Jadi, aku tidak boleh terima alasan dia dan aku segera mengarahkan dia keluar dari kaunter pertanyaan dengan segera dan dia enggan keluar. Aku mendesak dia berulang kali sehinggalah dia meninggikan suaranya yang boleh didengari oleh hampir semua pelanggan yang ada di dalam kedai. Semua mata tertumpu ke arah aku. Seolah-olah aku telah dimarahi bos. Kejadian tersebut betul-betul telah menjatuhkan maruah aku sebagai seorang Assistant Supervisor.
Dengan kadar segera aku mengarahkan dia untuk masuk ke pejabat. Aku menunggu hampir 10 minit tetapi dia masih lagi enggan masuk untuk berjumpa dengan aku. Aku telah mengarahkan dua orang staf untuk memanggil dia masuk, tetapi apa yang aku dpaat lihat melalui CCTV, dia hanya menggelengkan kepala. Cukup biadab. Akhirnya setelah hampir setengah jam, dia masuk ke pejabat. Dengan tanpa rasa bersalah dia boleh bertanya kenapa panggil dia. AAArrrrgghhh Bodohnya kau. Memang aku sakit hati pada waktu tersebut. Sudahlah dimalukan depan pelanggan ditambah pula dengan soalan cepu emas yang bangang. Aku tanya dia sedar tak yang dia dah malukan aku. Dengan selamba dia menjawab "I'm sorry ok. Orang tak sengaja. Tak kan hang tak kenal orang macam mana?" Memang aku dengan dia berkawan sebelum ini tetapi di dalam tempat kerja aku akan mengasingkan istilah kawan dengan kerja. Aku jawab balik, cara dia tadi memang cukup kurang ajar. Kenapa tak boleh terima teguran aku? Sedangkan kalau Executive tegur dia boleh terima.
Adakah ianya disebabkan aku bertaraf SPM dan dia degree? Maka aku tidak layak untuk menegur orang pandai daripada aku. Adakah begitu? Perlukah macam tu? Aku minta maaf kepada kawan-kawan aku yang lain yang mempunyai degree. Aku tidak berniat untuk menyinggung tahap pendidikan yang korang semua berhak perolehi. Tetapi inilah antara masalah yang sering berlaku sekarang di kalangan orang yang berpendidikan tinggi. Sukar untuk menerima teguran dari orang macam aku.
Dan kini, staf tersebut telah dinaikkan pangkat dari Customer Service Assistant kepada Retail Executive tanpa perlu pengalaman kerja dan hanya berbekalkan segulung ijazah. Sehingga kini, dia tidak pernah merujuk kepada aku sekiranya ada sebarang masalah. Mungkin jatuh maruah dia kalau tanya orang SPM macam aku.

Friday, May 14, 2010

Broadband atau BEROKban

Di Malaysia sekarang, kesemua syarikat telekomunikasi berlumba-lumba untuk mempromosikan broadband mereka. Semua promosi nampak gah disamping penipuan yang berjaya diselitkan ketika promosi dijalankan bagi menipu pengguna.

Ye.....setakat ini aku antara yang telah ditipu dan tertipu oleh dua syarikat gergasi telekomunikasi di Malaysia iaitu Hijau dan Biru. Korang faham sendiri maksud hijau dan biru tu.

Kenapa aku cakap ditipu dan tertipu..... Pertama sekali masa promosi....kalau dengar apa yang diorg cakap serba serbi bagus. Katanya itulah broadband paling bagus di Malaysia sebab dapat coverage kat mana-mana ceruk dan Pakai dulu tak payah bayar selama 3 bulan. Itulah dia antara janji manis promoter untuk menipu pelanggan bagi membolehkan dia meraih komisyen disamping memberikan keuntungan besar kepada syrikat telekomunikasi.

Untuk yang biru....paling aku bengang bila ada internet, tapi lembab macam siput babi. Bila aku selidik, rupa-rupanya broadband biru ni lemah untuk bersaing nak dapatkan coverage. Jadi aku kena online bila pesaing-pesaing aku tidur maknanya pukul 1 pagi la.

Yang si hijau pulak.....ganjil sikit. Dapat connection tapi tak dapat internet. Wei.....giler babi la servis kau. Macam sial. Bila call cust service.....jawapan staff tersebut "saya tak pasti encik....tapi mungkin encik boleh cuba bawa keluar laptop encik cuba cari signal kat luar rumah." Yer....kau dgn pemilik Hijau sama je bodohnya. Aku beli broadband bukan nak guna kat depan laman rumah.

Tapi.....bila diperhatikan, baru aku tau macam mana CEO atau Owner syarikat telekomunikasi tu boleh jadi kaya. Senang je.....buat broadband tapi tak berfungsi. Pastu pelanggan yang teraniaya macam aku pergi bayar tiap-tiap bulan. Pada aku broadband tak layak di gelar broadband.....tetapi BEROKban